My Beloved Frenz

Monday, 12 May 2014

Blocked Duct @ Bengkak Susu : Mimpi Ngeri Buat Si Ibu

Assalamualiakum dan Salam Sejahtera...

Blocked duct, duktus tersumbat atau bahasa yang selalu disebut bengkak susu adalah suatu mimpi yang ngeri bagi si ibu yang menyusukan bayi.

Boleh dikatakan semua ibu yang menyusukan bayi pasti akan merasa betapa peritnya jika terjadinya bengkak susu. Saya juga pernah alami bengkak susu. Hanya Allah dan ibu yang alaminya sahaja yang tahu betapa sakitnya bengkak susu ini.



Bagaimana terjadinya blocked duct @ bengkak susu?



Blocked duct atau gejala bengkak susu selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu.

Jika buah dada tidak disalurkan dengan betul, susu akan terus “mengundur" yang disebabkan oleh penghasilan susu yang lebih cepat daripada saliran. 

Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit


Apa yang perlu saya buat sekiranya mengalami blocked duct @ bengkak susu?

Antara tips-tips yang anda boleh lakukan sekiranya terjadi blocked duct @ bengkak susu adalah:

  • Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
  • Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik..
  • Menggunakan breast pump selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
  • Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
  • Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Menurut Dr. Jack Newman, "It may do by this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk"


Oleh itu, cara lain yang paling mudah untuk mengurangkan keradangan blocked duct @ bengkak susu adalah dengan pengambilan Lecithin.



Sekiranya simptom-simptom blocked duct @ bengkak susu anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda dengan kadar yang segera. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Anda boleh hubungi saya 24/7 untuk maklumat lanjut.


No comments:

Post a Comment

(",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...