Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Ye la..Ibu manalah yang tak risau jika susu badan seakan-akan tidak keluar atau makin hari makin berkurang. Sebenarnya, ada pelbagai petua untuk banyakkan susu ibu samada secara tradisional, moden, supplement mahupun secara alami.
Di sini saya akan kongsikan dengan ibu-ibu semua antara petua-petua untuk banyakkan susu ibu 100% secara alami dan semulajadi.
(SUMBER: MAJALAH PA&MA)
Daun bunga melur dan daun pucuk manis
Daun Bunga Melur |
Daun Pucuk Manis |
Kacang tanah
Mengandungi protein, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B dan fosforus yang tinggi. Baik untuk penghasilan susu ibu. Digalakkan mengambil kacang tanah bersama-sama susu kambing.
Longan kering
Ambil segenggam longan kering, basuh dan rebus bersama 3 cawan air hingga kembang. Jadikan minuman harian.
Daun Sirih
Ratakan minyak kelapa ke atas daun sirih, layurkan atas api kecil hingga layu. Dan, tunggu sejuk sedikit dan tuam di bahagian payudara.
Halba dan jintan hitam
Halba |
Jintan hitam |
Bersihkan dahulu, kemudian ambil 1 sudu halba atau jintan hitam, tuang air panas dan rendamkan seketika. Kemudian, tapis dan minum airnya.
Susu
Jadikan rutin, minum susu sebanyak 3 atau 4 hidangan dalam sehari.
Lobak putih
Kisarkan dan minum airnya. Atau, masak seprti sayur air atau sayur lemak dan makan dengan nasi panas.
Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas berlaukkan halia muda yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit dengan air asam.
Daun betik muda
Pilih daun yang muda, kemudian basuh bersih dan rebus. Setelah sejuk, minum airnya 2 hingga 3 kali sehari.
Tidak semua apa yang saya senaraikan di atas serasi dengan badan ibu-ibu semua. So, ibu-ibu mestilah 'try and error'.
Walaubagaimana pun, jika hanya mengambil atau mengamalkan cara tradisional untuk banyakkan susu ibu, tetapi konsep 'supply vs demand' tidak dipenuhi, maka janganlah berharap air susu memancut-mancut keluar.
Apakah itu supply vs demand?
Ia bermakna susu yang dihasilkan oleh ibu berkadaran dengan susu yang diperlukan oleh anak atau bayi yang disusukan.
Sekiranya bayi minum banyak, maka susu badan yang dihasilkan adalah banyak.
Jadi untuk mendapatkan susu yang banyak, si ibu kena BANYAKKAN PERMINTAAN terhadap susu ibu dengan cara:
- susukan bayi sekerap mungkin
- mengepam sekerapkan mungkin dan konsisten bagi ibu berkerjaya. Ingat!! jika 'skip' sesi mengepam akan menyebabkan susu badan akan semakin berkurangan.
- Carilah ilmu sebanyak mungkin sebelum memulakan penyusuan ibu.
Sekiranya ibu-ibu sekalian berasa sangat susah nak amalkan petua-petua yang saya list di atas tadi, anda boleh cuba sesuatu yang amat mudah dan semestinya semulajadi.
Hanya hubungi saya untuk tahu apakah cara yang mudah untuk banyakkan susu ibu dan tetap semulajadi.
No comments:
Post a Comment