My Beloved Frenz

Wednesday, 12 March 2014

Set Kehamilan Shaklee Adalah Pilihan Yang Terbaik (Testimoni Sendiri)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Entry kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya sendiri menggunakan set kehamilan Shaklee.

Saya mula mengambil set kehamilan shaklee yang lengkap pada usia kandungan 4 bulan. Tapi semasa disahkan mengandung (minggu ke 8), pada mulanya saya hanya mengambil ostematrix sahaja memandangkan saya jenis yang tidak minum susu. Disebabkan nak dapatkan sumber kalsium yang mencukupi untuk mommy dan baby, saya pun mencari produk shaklee yang sesuai untuk menggantikan susu. Alhamdulillah saya ditemukan dengan Ostematrix.
Anda boleh baca testimonial saya mengamalkan ostematrix sepanjang kehamilan di <sini>.

Pengalaman menggunakan set kehamilan shaklee adalah suatu pengalaman yg mengujakan. Nak tahu kenapa?  Ini kerana...sepanjang kehamilan,

  • badan saya sentiasa bertenaga
  • badan tidak mudah letih
  • kulit muka glowing aje..alhamdulillah tak de jeragat atau jerawat yg keluar
  • yang paling best..setiap kali check up, tekanan darah dan HB (hemoglobin) semuanya cun aje.. 
  • berat pun tak naik banyak sangat..just around 10 kg je.
  • kulit baby yang lahir pun cantik je dan tak menggelupas.

Untuk pengetahuan semua, saya hanya ambil vitamin yang klinik bagi untuk tempoh sebulan je..Saya terus stop semua vitamin yang klinik bagi setelah mengambil set kehamilan shaklee. Alhamdulillah, doctor yang checkup saya pun suruh saya teruskan dengan Shaklee memandangkan rekod kesihatan saya yang memuaskan sepanjang saya pergi checkup di klinik beliau.

Mesti ada yang tertanya-tanyakan, vitamin shaklee yang manakah yang ada dalam set kehamilan shaklee ini?


Mari kita lihat dengan lebih terperinci setiap vitamin/supplement yang saya ambil untuk set kehamilan  ini.


~ Protein(Energy Soy Protein) ~



Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak. 

Protein penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.

Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.

Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.

Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.

Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.

Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

~ Multivitamin(Vita-lea) ~



Ia mengandungi 12 vitamin, 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.

Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.

Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

~ B Complex ~



Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.

Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.


~ Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) ~




Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.

Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.

Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.

Bagi ibu menandung, ia akan membantu meningkatkan sistem imun.


~ Omega -3(Omega Guard) ~



Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.

Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.

Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.


~ Kalsium(Ostematrik) ~



Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.

Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.

Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna, membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.


Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:

  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrik


Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri daripada:

  • Vitalea
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard

Manakala untuk mana-mana trimester anda boleh mengambil ESP (Energizing Soy Protein) sebagai tambahan, bekalan protein lengkap untuk kehamilan.


Apa yang bestnya, semua vitamin ni saya boleh makan juga semasa berpantang. Memang ohsem! 2 in 1... 

Memang sangat-sangat berbaloi saya laburkan wang untuk mendapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE ini.

Sekiranya anda berminat untuk merasai kehebatan SET KEHAMILAN SHAKLEE ini, anda boleh hubungi saya bila-bila masa sahaja.















No comments:

Post a Comment

(",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...