My Beloved Frenz

Tuesday 25 March 2014

Kombinasi Terbaik ESP Yang Digilai Ramai

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua tentang Kombinasi Terbaik ESP Yang Digilai Ramai.

Antara gabungan terbaik ESP yang menjadi pilihan ramai adalah seperti yang berikut:



1)Menambah susu badan

ESP & ALFALFA

Pemberian susu badan dapat memberikan makanan yang lengkap kepada bayi anda tanpa perlu bergantung kepada susu formula.

Tetapi, adakalanya pengeluaran susu adalah kurang dan ini akan membuatkan bayi anda tidak mendapat sumber nutrisi yang mencukupi.

Untuk itu anda boleh mengambil set penyusuan shaklee yang mengandungi Alfalfa dan ESP untuk menambah susu badan anda.

Anda akan dapat rasakan yang cik B anda akan cepat penuh dan seterusnya boleh diperah serta di simpan untuk bayi anda.

Ibu yang menyusu juga akan kekal bertenaga kerana mendapat khasiat yang mencukupi.


2) Slimming

ESP & LECITHIN

Berat badan yang semakin bertambah akan membuatkan anda mencari produk yang dapat melangsingkan badan secara selamat.

Dengan lambakan produk di pasaran, akan membuatkan anda keliru yang mana satu berkesan untuk anda.

Set kurus shaklee yang terdiri daripada Lecithin dan ESP bertindak membakar lemak,mengurangkan kolestrol serta membina otot supaya bentuk badan tidak menggeleber.


3) Gastrik

ESP & PEPPERMINT GINGER PLUS

Adakah anda kerap berasa pedih ulu hati apabila menahan lapar kerana tidak makan seharian?

Jika ya,anda boleh mengambil ESP dengan Peppermint Ginger Plus yang membantu dalam melegakan ketidakselesaan perut dan pedih ulu hati serta membuatkan anda berasa kenyang.


4)Bersalin

ESP & ZINC COMPLEX

Kesan regangan atau stretch di bahagian perut kerap terjadi pada wanita hamil.

Set bersalin Shaklee yang terdiri daripada ESP dan Zinc Complex akan membuatkan kesan stretch mark berkurangan supaya perut cantik dan mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin.


5)Bayi Bijak

ESP & OMEGA GUARD

Perkembangan bayi boleh dibentuk sejak berada di dalam kandungan lagi.
Ia bermula dengan cara pemakanan dan makanan yang anda makan.

Contohnya set hamil, hasil kombinasi ESP dan Omega guard dapat memberikan Omega 3, EPA dan DHA yang penting dalam perkembangan sel otak bayi di dalam kandungan.

Omega guard boleh diambil ketika berada di trimester kedua.
Dengan pengambilan Omega guard, imunisasi dalam badan turut dipertingkatkan bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit.


6)Kesuburan

ESP & GLA COMPLEX

Cahaya mata pasti menambah keserian di dalam alam rumahtangga.
Merekalah tempat untuk anda menumpang kasih ketika di hari tua nanti.

Namun ada juga yang tidak dapat hamil kerana mengalami masalah ketidaksuburan.

Untuk itu anda boleh mengambil ESP dan GLA Shaklee yang bagus untuk menyeimbangkan hormon dalam badan.Apabila hormon sudah stabil,peluang untuk anda hamil adalah tinggi.

Manakala suami boleh mengambil Zinc dan Vitamin E supaya kualiti sperma darpadai suami dapat tahan lama untuk bersenyawa dengan ovum.


7)Kulit cantik

ESP & VITA-E

Kulit kering dan tidak sekata pasti membuatkan penampilan diri kita kurang menarik.

ESP dan vitamin E di dalam set kecantikan shaklee adalah jawapan kepada masalah kulit anda.

Pertumbuhan sel kulit yang baru yang turut bertindak melembapkan kulit sepanjang masa.

Bukan itu sahaja,mereka yang mempunyai parut di sebabkan jerawat akan mendapati ia memberi kesan yang positif untuk wajah anda.


8)Tambah Berat Badan

ESP & MEALSHAKES

Malu kerana kurus kering dan kerap berasakan orang memerhati anda setiap kali iklan orang kurus disiarkan di media elektronik?

Pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah makan dengan banyak, namun hasilnya mengecewakan.

Jangan bersedih kerana,anda boleh mengambil set berat badan yang terdiri dari ESP dan juga Mealshakes.

Selain berasa kenyang,protein dan sumber vitamin yang lengkap dapat membina otot supaya berisi dan bukannya gemuk di sebabkan lemak terkumpul dalam badan.


Kombinasi set shaklee dengan esp yang disarankan di atas adalah pada harga mampu milik.
Ini kerana anda dapat menggunakan dalam jangkamasa yang lama dan mendapat kesan yang berpanjangan.

Sudah tentu kesihatan yang optimum adalah penting untuk kehidupan yang lebih ceria tanpa penyakit.

Buatlah pesanan set shaklee ini dan saya akan menghantarnya kepada anda dengan cara pemakanan yang betul supaya kesan yang menakjubkan dapat di capai.


Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk-produk Shaklee.



Wednesday 12 March 2014

Set Kehamilan Shaklee Adalah Pilihan Yang Terbaik (Testimoni Sendiri)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Entry kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya sendiri menggunakan set kehamilan Shaklee.

Saya mula mengambil set kehamilan shaklee yang lengkap pada usia kandungan 4 bulan. Tapi semasa disahkan mengandung (minggu ke 8), pada mulanya saya hanya mengambil ostematrix sahaja memandangkan saya jenis yang tidak minum susu. Disebabkan nak dapatkan sumber kalsium yang mencukupi untuk mommy dan baby, saya pun mencari produk shaklee yang sesuai untuk menggantikan susu. Alhamdulillah saya ditemukan dengan Ostematrix.
Anda boleh baca testimonial saya mengamalkan ostematrix sepanjang kehamilan di <sini>.

Pengalaman menggunakan set kehamilan shaklee adalah suatu pengalaman yg mengujakan. Nak tahu kenapa?  Ini kerana...sepanjang kehamilan,

  • badan saya sentiasa bertenaga
  • badan tidak mudah letih
  • kulit muka glowing aje..alhamdulillah tak de jeragat atau jerawat yg keluar
  • yang paling best..setiap kali check up, tekanan darah dan HB (hemoglobin) semuanya cun aje.. 
  • berat pun tak naik banyak sangat..just around 10 kg je.
  • kulit baby yang lahir pun cantik je dan tak menggelupas.

Untuk pengetahuan semua, saya hanya ambil vitamin yang klinik bagi untuk tempoh sebulan je..Saya terus stop semua vitamin yang klinik bagi setelah mengambil set kehamilan shaklee. Alhamdulillah, doctor yang checkup saya pun suruh saya teruskan dengan Shaklee memandangkan rekod kesihatan saya yang memuaskan sepanjang saya pergi checkup di klinik beliau.

Mesti ada yang tertanya-tanyakan, vitamin shaklee yang manakah yang ada dalam set kehamilan shaklee ini?


Mari kita lihat dengan lebih terperinci setiap vitamin/supplement yang saya ambil untuk set kehamilan  ini.


~ Protein(Energy Soy Protein) ~



Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak. 

Protein penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.

Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.

Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.

Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.

Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.

Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

~ Multivitamin(Vita-lea) ~



Ia mengandungi 12 vitamin, 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.

Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.

Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

~ B Complex ~



Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.

Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.


~ Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) ~




Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.

Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.

Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.

Bagi ibu menandung, ia akan membantu meningkatkan sistem imun.


~ Omega -3(Omega Guard) ~



Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.

Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.

Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.


~ Kalsium(Ostematrik) ~



Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.

Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.

Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna, membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.


Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:

  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrik


Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri daripada:

  • Vitalea
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard

Manakala untuk mana-mana trimester anda boleh mengambil ESP (Energizing Soy Protein) sebagai tambahan, bekalan protein lengkap untuk kehamilan.


Apa yang bestnya, semua vitamin ni saya boleh makan juga semasa berpantang. Memang ohsem! 2 in 1... 

Memang sangat-sangat berbaloi saya laburkan wang untuk mendapatkan SET KEHAMILAN SHAKLEE ini.

Sekiranya anda berminat untuk merasai kehebatan SET KEHAMILAN SHAKLEE ini, anda boleh hubungi saya bila-bila masa sahaja.















Thursday 6 March 2014

ESP SHAKLEE : Sumber Protein Terbaik Untuk Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini, saya akan bercerita lagi tentang ESP Shaklee.
ESP ni adalah salah satu produk yang paling laris dari Shaklee.
Ramai yang telah jatuh cinta pandang pertama dengan ESP ni tau...
kenapa agaknya ye??

Ini kerana, setiap satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu dan 6 kali ganda roti.





ESP juga rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia

ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  

Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Kesimpulannya ESP ni memang kaya dengan PROTEIN dan merupakan sumber protein yang terbaik untuk anda.

Untuk pengetahuan semua juga, Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya.

Anda boleh klik sini untuk mengetahui lebih lanjut kenapa ESP lebih baik daripada soya biasa.


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ESP Shaklee, anda boleh hubungi saya bila-bila masa.



(",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...